Mumin Blog

Tol PLUS Akan Menerima Pembayaran Menggunakan Kad Kredit, Debit Dan Dompet Digital Pada Penghujung 2019

Menurut laporan Berita Harian yang memetik Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail, proses menaik taraf kesemua plaza tol PLUS akan selesai menjelang hujung tahun 2019 bagi menyokong pembayaran menggunakan sistem PLUS RFID. Sistem RFID Plus membolehkan akaun kad kredit, debit dan pelbagai jenis dompet digital dipaut terus untuk proses pembayaran tol.

Ini sekaligus tidak memerlukan anda membuat tambah-nilai seperti pada Touch ‘n Go Ewallet, dan bergantung terus ke akaun bank anda. Sokongan ke atas kad fizikal dan dompet digital Touch n’ Go masih akan dikekalkan.

source : amanz.my

0 responses so far ↓

  • There are no comments yet...Kick things off by filling out the form below.

Leave a Comment