Mumin Blog

Khutbah Jumaat JDT – Selidik dulu

*﷽*

*اَلْسَّــــــــــلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُاللَّــــــــــهِ وَبَرَكَــــــــــاتُه*

*Intisari Khutbah Jumaat JDT*
*Tarikh: 03 Ogos 2018Masihi*
*21 Zulqaedah 1439Hijrah*
*Tajuk : Selidik dulu*

*1) Firman Allah surah Al-hujrat/6 bermaksud: “Wahai orang yg beriman! Jika datang kpd kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (utk menentukan) kebenarannya supaya kamu tidak menimpa sesuatu kaum dgn perkara yg tidak di ingini dgn sbb kejahilan kamu mengenainya sehingga menyebabkn kamu menyesali apa yg telah kamu lakukan”.*

*2) Zaman Sudah berubah- alat kemudahan semakin maju; alat penyebaran maklumat tidak ketinggalan zaman; hanya dgn hujung jari; tindakan kita apabila menerima sesuatu berita.*

*3) Galakan islam- bermuamalat ikut panduan syara’; hidup harmoni; tlong menolong; tiada permusuhan; yg kuat bantu yg lemah dll.*

*4) Kedatangan fitnah- merubah keadaan kehidupan; kawan jadi lawan; persaudaraan jadi permusuhan; keutuhan jadi keruntuhan; ketenangan jadi kerisauan; selidik dulu perkhabaran yg diterima.*

*5) Sebab timbul fitnah- ada sifat dengki tamak iri hati; pentingkan diri; salah sangka dll sifat buruk.*

*6) Tangani permasalahan fitnah:-*

*6.1) Selidik dulu berita yg diterma- munkin tidak benar; fitnah; menjatuhkn maruah seorang; terjerumus diri dlm dosa.*

*6.1.1) Hadith Rasul SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orng yg suka ngadu domba”.*
*(HR: Al-bokhari)*

*6.1.2) Rasul SAW tegaskan bermaksud: “Ketahuilah sesungguhnya selidik itu dpd Allah dan gopoh gapah itu dpd syaitan”.*

*6.2) Tutup aib sdra seislam- Sabda Rasul SAW bermaksud: “Barangsiapa menutup aib sdra seislamnya di dunia, maka Allah akn menutup aibnya di akhirat”.*

*6.3) Ubah sikap- dpd yg buruk kpd yg baik; yg sudah baik kpd yg lebih baik.*

*7) Peringatan Allah bermaksud” Fitnah itu lebih berat dpd membunuh”- membunuh libatkan satu nyawa; memfitnah munkin libatkan banyak nyawa.*

*8) Muhasabah diri- ttng dosa2 selama hidup di dunia; adakah kebaikn2 mengatasi keburukn; mohon maaf sekiranya pernah buat fitnah; Allah Maha pengampun; sementara pintu taubat masih terbuka.*

*9) Firman Allah surah Al-qolam/29-31 bermaksud:” Mereka berkata (dgn sesalnya): Maha suci tuhan kami! Sesungguhnya kami adalah orng yg berlaku zalim!, kemudian Mereka berhadap2 satu sama lain, sambil cela mencela. Mereka berkata: Aduhai celakanya kita! Sesungguhnya kita adalah orng yg melampaui batas!”.*

*بارك الله لي ولكم …*

0 responses so far ↓

  • There are no comments yet...Kick things off by filling out the form below.

Leave a Comment