Mumin Blog

KHUTBAH JUMAAT JDT – Bangkitlah Wahai Umat Islam

*بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم*

*Tarikh : 26 Oktober 2018Masihi*
*17 Safar 1440Hijrah*
*Tajuk : Bangkitlah Wahai Umat Islam.*

*1) Tiga kurun terbaik umat Islam- zaman Rasul SAW; zaman para sahabat; zaman tabi’in; berkembang hingga ke zaman Al- abasiah; kmudian mula menghilang*

*2) Firman Allah surah At-taubah/33 bermaksud : “Dialah yg telah mengutus RasulNya (Muhammad) dgn (membawa) petunjuk dan ugama yg benar (ugama Islam) utk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala ugama yg lain walaupun orng mushrik tidak menyukainya”.*

*3) Hadith Rasul SAW bermaksud: “Islam itu tinggi dan tidak ada yg dapat mengatasi ketinggian Islam”.*
*(HR: Al-bukhari)*

*4) Ketinggian martabat Islam- melebihi segala2nya; majukn diri dn kehidupan; tidak ditindas musuh2 Islam; Allah hina jika mencari kemuliaan selain Islam.*

*5) Antara faktor kelemahan umat islam kini- lemah daya akal pemikiran; sikap malas; selesa dgn seadanya; malas tuntut ilmu; malas berusaha.*

*6) Hadith Rasul SAW bermaksud: “Menuntut ilmu itu wajib atas setiap diri Muslim”. (HR: Ibn Majah)*

*7) Ilmu- utk bersatu bukan berpecah; menangkis perancangan pihak musuh yg menyajikan pelbagai hiburan; bina kekuatan jasmani rohani.*

*8) Firman Allah surah Ali-imran/110 bermaksud:*
*”Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik2 umat yg dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yg baik dan melarang dpd segala perkara yg salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kpd Allah…………………………………………………………..”.*

*9) Agenda musuh Islam- Islam tidak dapat dihancurkn dgn peperangan; menyalurkn budaya merosak pemikiran; berharap umat islam rosakn ugamanya sendiri.*

*10) Firman Allah surah Al-ahzab/72 bermaksud:*

*”Sesungguhnya Kami telah kemukakn tanggungjawab amanah Kami kpd langit dan bumi serta gunung ganang, maka mreka enggan memikulnya…………………*
*……..dan manusia……..sanggup memikulnya…………………………… Sesungguhnya tabiat kebanyakn manusia adalah suka melakukan kezaliman……………………………….”.*

*بارك الله لي ولكم …*

0 responses so far ↓

  • There are no comments yet...Kick things off by filling out the form below.

Leave a Comment