Mumin Blog

How Will You Celebrate the Prophet’s Birthday?

By Yahya Abdulrahman
Da`iyah — Canada

The Prophet’s Mosque
Almighty Allah says:
[Certainly you have in the Messenger of Allah an excellent exemplar for those who hope in Allah and the latter day and remember Allah much](Al-Ahzab 33:21)
We will try to explore some unique aspects of the character and biography of the Prophet (peace and blessings be upon him). In doing so, let’s sincerely pray that many of us will start a process of change to acquire many of these traits of our beloved Prophet and apply them, in sha` Allah.
In 610 CE, Prophet Muhammad, the last and the seal of all Prophets (peace and blessings be upon them all), began receiving the revelation.
Read more …

QURAN Explorer 1.0

QuranExplorer, where you can Listen to the Quran Recitation and Translation online in Arabic, English, and Urdu. ((updatable for more languages automatically))

-Arabic audio recitation from 5 famous Qaris (Reciters)
-Arabic text with English and Urdu translation
-Audio Translations in English and Urdu
-Sura, Verse, Juz, & Qari selection options
-Easy Navigation and Streaming Audio
-Easy to read
font with adjustable sizes
-Automatically Bookmarks your progress
-No
programs to download
Read more …

Lupa rosakkan manusia

ANTARA kelemahan manusia ialah selalu lupa. Banyak sebab menjadi pelupa, antaranya berpenyakit alpa dan nyanyuk serta terlalu banyak berfikir sehingga lupa apa yang sepatutnya tidak dilupakan. Malah, lupa juga berpunca daripada tiada fokus terhadap amalan dan pekerjaan yang dilakukan iaitu melakukan sesuatu tidak sepenuh hati atau dipanggil sesetengah orang tidak masuk hati, lalu cepat lupa. Lupa juga berlaku kerana isteri ramai, asyik memikirkan cara untuk mengelak daripada dimarahi dan strategi sebagai penyelamat daripada diserang. Tetapi antara punca lupa yang menakutkan ialah apabila banyak lupa kepada Allah. Dalam satu ayat al-Quran ada menyebut maksudnya: “Janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang melupai Allah, nanti Allah akan membuatkan kamu lupa diri kamu sendiri. Lupa diri sendiri menurut ulama antara maksudnya ialah lupa hari akhirat, lupa amalan dosa yang dilakukan hingga tidak terasa hendak bertaubat serta lupa tanggungjawab sebagai suami, isteri dan anak, sehinggakan lupa fungsi hidup, lupa sebagai seorang pekerja, lupa amanah, lupa tugas, lupa janji dan seumpamanya. Oleh kerana banyak lupa, kita semestinya sentiasa diperingatkan (tazkirah) dan melakukan analisis (muhasabah) terhadap diri sendiri.

Lihat nasihat Imam al-Ghazali yang sangat mendalam, semoga ia menjadi bahan dan teman muhasabah kita. Suatu hari, Imam al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Imam al-Ghazali bertanya (pertama): “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini? Murid-muridnya ada yang memberikan jawapan orang tua, guru, teman dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita adalah ‘mati’. Sebab itu sudah janji Allah s.w.t bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (lihat ayat 185, surah Ali-Imran)

Lalu Imam al-Ghazali meneruskan pertanyaan kedua: “Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?” Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang. Lalu Imam al-Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar, tetapi yang paling benar adalah ‘masa lalu.’ Walau hebat macam mana sekalipun kita, kita tidak boleh kembali kepada masa lalu. Oleh itu, kita harus menjaga hari ini dan hari akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.

Lalu Imam al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga: “Apa yang paling besar di dunia ini?” Ada muridnya yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar, kata Imam al-Ghazali. Tetapi katanya, yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah ‘nafsu’ (sila rujuk ayat 179 dari surah al-A’raaf). Oleh itu, kita harus berhati-hati dengan nafsu, jangan sampai nafsu menjerumuskan diri ke lembah neraka.

Pertanyaan keempat: “Apa yang paling berat di dunia ini?” Ada yang menjawab baja, besi dan tidak kurang yang mengatakan gajah. Semua jawapan benar, kata Imam al-Ghazali tetapi yang paling berat adalah ‘memegang amanah.’ (lihat ayat 72, surah al-Ahzab) Tumbuhan, haiwan, gunung malah malaikat juga semuanya tidak mampu ketika Allah s.w.t meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah sehingga ramai manusia masuk ke neraka kerana tidak dapat memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima: “Apa yang paling ringan di dunia ini?” Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan dedaun. Semua itu benar, kata Imam al-Ghazali, tetapi yang paling ringan di dunia ini ialah ‘meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan malah keletihan, kita meninggalkan solat.

Pertanyaan keenam ialah: “Apakah yang paling tajam di dunia ini?” Murid-muridnya menjawab dengan serentak iaitu pedang.
Benar kata Imam al-Ghazali, tetapi menurutnya yang paling tajam ialah ‘lidah manusia.’ Ini kerana melalui lidah manusia dengan mudah menyakiti hati dan melukai perasaan rakan sendiri.

Harian Metro

Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun

Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun


Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Doa Awal Tahun:

Maksudnya:

   Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

 

   Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Doa Akhir Tahun:

Maksudnya:

   Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.