Mumin Blog

Suara ke Telinga yang pertama …AZAN

Islam adalah ‘deen’ yang menitik berat aspek pendidikan dan pembentukan manusia yang baik. Pendidikan di dalam masyarakat Islam bermula dari individu. Kemudian berkembang kepada rumah tangga dan seterusnya pembentukan masyrakat serta negeri,Negara dan sebagainya.

Jadi yang Terbaik

Pendidikan individu pula bermula sejak dia di dalam kandungan ibu lagi. Malah, sebelum sebelum itu lagi. Iaitu pada diri ibu dan ayah anak ini. Ibu dan ayah mestilah terlebih dahulu mendidik diri agar menjadi seorang muslim yang soleh. Seorang mukmin yang patuh dan tunduk kepada perintah Tuhannya.

Kemudian ia berlanjutan kepada masa pemilihan bakal isteri atau suami. Masa pertunangan. Pernikahan tidak melanggar etika yang telah ditetapkan oleh syarak. Hubungan diantara suami isteri. Tempoh mengandung bagi ibu yang solehah. Dalam tempoh ini ada peraturan, adab-adab dan amalannya yang diajarkan oleh al-Quran dan Sunnah.

Pendidikan anak Antara pendidikan awal terhadap anak ialah sejurus selepas dia dilahirkan ke dunia. Perkara pertama yang sunat dilakukan ialah mengazankan dan mengiqomahkan ke telinga anak.

Azan di telinga kanannya. Iqomah di telinga kirinya.

Dalilnya ialah hadis Nabi s.a.w.: Dari Abu Rafi’, katanya: Aku melihat Rasulullah s.a.w. mengumandangkan azan di telinga al-Hasan bin Ali ketika ibunya (Fatimah) melahirkannya. (HR Abu Daud & al-Tarmizi).

Dari al-Hasan bin Ali dari Rasulullah s.a.w., baginda bersabda: Barangsiapa yang anaknya baru dilahirkan, kemudian dia mengumandangkan azan ke telinga kanannya dan iqamat di telinga kirinya, maka anak yang baru lahir itu tidak akan terkena bahaya `ummu shibyan’.

`Ummu shibyan’ ialah angin yang dihembuskan kepada anak, jadi anak itu takut kepadanya. Ada juga yang berkata bahawa ia adalah `qarinah’, iaitu jin.

Mengapa azan? Adalah wajar anak ini diazan dan diiqamatkan agar kalimah pertama yang didengarnya dan tembus ke gegendang telinganya adalah kalimah seruan Yang Maha Agung. Kalimah yang mengandungi persaksian (syahadah) terhada keesaan Allah dan persaksian terhadap kerasulan Muhamad bin Abdullah s.a.w.

Read more …

20 Amalan Murah Rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

1.Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2.Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa yang memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yan g tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-N as a’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari A bd ullah bin Abb as r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sa bd a Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yan g dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

Read more …

Selamat Menyambut Aidiladha 1430 Hijrah (27 Nov 2009)

Daging korban dibahagikan kepada orang ramai terutama golongan fakir miskin

Daging korban dibahagikan kepada orang ramai terutama golongan fakir miskin

Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidil Adha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidil Adha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidil Adha serta khutbah Aidil Adha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidil Adha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Read more …

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri …