Mumin Blog

Suara ke Telinga yang pertama …AZAN

Islam adalah ‘deen’ yang menitik berat aspek pendidikan dan pembentukan manusia yang baik. Pendidikan di dalam masyarakat Islam bermula dari individu. Kemudian berkembang kepada rumah tangga dan seterusnya pembentukan masyrakat serta negeri,Negara dan sebagainya.

Jadi yang Terbaik

Pendidikan individu pula bermula sejak dia di dalam kandungan ibu lagi. Malah, sebelum sebelum itu lagi. Iaitu pada diri ibu dan ayah anak ini. Ibu dan ayah mestilah terlebih dahulu mendidik diri agar menjadi seorang muslim yang soleh. Seorang mukmin yang patuh dan tunduk kepada perintah Tuhannya.

Kemudian ia berlanjutan kepada masa pemilihan bakal isteri atau suami. Masa pertunangan. Pernikahan tidak melanggar etika yang telah ditetapkan oleh syarak. Hubungan diantara suami isteri. Tempoh mengandung bagi ibu yang solehah. Dalam tempoh ini ada peraturan, adab-adab dan amalannya yang diajarkan oleh al-Quran dan Sunnah.

Pendidikan anak Antara pendidikan awal terhadap anak ialah sejurus selepas dia dilahirkan ke dunia. Perkara pertama yang sunat dilakukan ialah mengazankan dan mengiqomahkan ke telinga anak.

Azan di telinga kanannya. Iqomah di telinga kirinya.

Dalilnya ialah hadis Nabi s.a.w.: Dari Abu Rafi’, katanya: Aku melihat Rasulullah s.a.w. mengumandangkan azan di telinga al-Hasan bin Ali ketika ibunya (Fatimah) melahirkannya. (HR Abu Daud & al-Tarmizi).

Dari al-Hasan bin Ali dari Rasulullah s.a.w., baginda bersabda: Barangsiapa yang anaknya baru dilahirkan, kemudian dia mengumandangkan azan ke telinga kanannya dan iqamat di telinga kirinya, maka anak yang baru lahir itu tidak akan terkena bahaya `ummu shibyan’.

`Ummu shibyan’ ialah angin yang dihembuskan kepada anak, jadi anak itu takut kepadanya. Ada juga yang berkata bahawa ia adalah `qarinah’, iaitu jin.

Mengapa azan? Adalah wajar anak ini diazan dan diiqamatkan agar kalimah pertama yang didengarnya dan tembus ke gegendang telinganya adalah kalimah seruan Yang Maha Agung. Kalimah yang mengandungi persaksian (syahadah) terhada keesaan Allah dan persaksian terhadap kerasulan Muhamad bin Abdullah s.a.w.

Read more …