Mumin Blog

Selamat Menyambut Aidiladha 1430 Hijrah (27 Nov 2009)

Daging korban dibahagikan kepada orang ramai terutama golongan fakir miskin

Daging korban dibahagikan kepada orang ramai terutama golongan fakir miskin

Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidil Adha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidil Adha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidil Adha serta khutbah Aidil Adha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidil Adha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Read more …

INFO PENGAMBILAN KPLI & DPLI AMBILAN 2010

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memaklumkan Pengambilan Calon Guru Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) Mode Sepenuh Masa bagi ambilan Januari 2010 adalah tidak diiklankan. Pemilihan calon guru adalah berdasarkan calon simpanan yang memohon bagi KPLI-SR Ambilan Khas Jun 2009. Sementara itu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menangguhkan pengambilan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) sehingga ke satu tarikh yang belum ditentukan. Harap Maklum.

KALENDAR AKTIVITI PEMPROSESAN KPLI-SR AMBILAN JANUARI 2010

11 November 2009
Makluman secara SMS kepada calon yang berjaya dipanggil temu duga.

12 November 2009
Semakan nama calon berjaya temu duga. (permohonan yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri dan Helaian Penyataan Hasrat yang dicetak melalui internet)

16 November 2009
Temuduga KPLI-SR Ambilan Januari 2010 (Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri dan Helaian Penyataan Hasrat yang dicetak melalui internet)

Read more …